About Me

Malaysia
Kurus Langsing bersama L'AROME. Info lanjut 012-668 9674 Cik Jue

Followers

Popular Posts

Search This Blog

Monday, May 16, 2011

Personaliti Minyak Wangi

Terdapat Enam kategori wangian yang boleh menggambarkan personaliti si pemakai iaitu :-
 
BUNGA-BUNGAAN: Dengan aroma wangian bunga-bungaan yang akan memperlihatkan diri kamu lebih feminin dan romantik.

 
BUAH-BUAHAN: Bauan segar dari aroma buah-buahan memperlihatkan diri kamu lebih segar dan bersemangat.

 
OCEANIC: Wangian moden yang menggunakan elemen sintetik yang melahirkan bauan yang menjurus kepada lautan dan individu yang menggemari bau-bauan sebegini tergolong antara individu yang cintakan persekitaran.

HIJAUAN SEMULAJADI: Memberikan kesegaran dan tenaga, justeru wangian ini melambangkan kamu adalah individu yang gemarkan aktiviti luar !

 
ORIENTAL: seksi, eksotik, dan gigih mungkin itulah definasi yang mampu menggambarkan individu yang gemarkan bauan sebegini, bau-bauan seperti musk, vanilla dan bau bunga-bungaan yang keras tergolong dalam kategori ini.

 
KAYU-KAYAN: wangian yang mempunyai unsur bauan saperti kulit kayu, lumut atau benda-benda lain yang kamu boleh jumpai didalam hutan adalah tergolong dalam kategori ini. Ternyata individu yang gemarkan bau-bauan sebegini, mereka gemarkan kebebasan dan mungkin mereka juga terdiri dari individu yang agak lasak.

0 comments:

Ki$$ For More Information

Blog Archive

Blog Walking

Pengunjung Perfume