About Me

Malaysia
Kurus Langsing bersama L'AROME. Info lanjut 012-668 9674 Cik Jue

Followers

Popular Posts

Search This Blog

Tuesday, March 8, 2011

Fakta Perfume's


FAKTA
Parfum / Kosmetik Beralkohol
Parfum / Kosmetik beralkohol merupakan masalah baru yang tidak ada pada masa Rasulullah saw, maka dalam mengambil hukum para ulama dalam menggunakan ijtihad penjelasan dari :
1. Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia
2. Lembaga Fatwa Al-Azhar
3. Majlis Muzakarah Panji Masyarakat
4. Fatwa Syeikh Sya'rawi rh

Hukum menggunakan parfum / kosmetik adalah boleh, tidak haram dan tidak najis.

Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia mengenai hukum alkohol.

Alkohol terdiri daripada berbagai-bagai bahan kimia iaitu Ethanol atau ethyl alkohol, Bothanal dan lain-lain lagi.

Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan.

Menurut kitab "AlFiqh Al-Muzahibil ar'baah" dalam bab "An najasat juzu 1, alkohol yang dimasukkan kedalam minyak wangi untuk menahan minyak wangi agar tahan lama atau untuk menaikkan roti adalah boleh.

Jawatan kuasa fatwa telah memberitahu bahawa alkohol ialah nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai senyawa ( OH ). Dua jenis alkohol yang paling baik ialah :

1. Methyl alkohol ( Methanol ) atau alkohol ( Kayu ).
2. Ethily alkohol ( Ethanol ) atau alkohol biji-bijian.


Methyl alkohol ( Methanol ) tidak digunakan untuk minuman kerana ia merupakan racun yang kuat, manakala ethily alkohol digunakan sebagai campuran di dalam minuman keras.

Hasil muzakarah Majlis Muzakarah al-Azhar Panji Masyarakat.
( Islam dan masalah-masalah kemasyarakatan, terbitan pustaka panjimas, Jakarta tahun 1983, hal 427)

Memakai Alkohol dan Minyak Wangi.
Mengenai alkohol di dalam minyak wangi, telah majlis terangkan. Bimbingan peribadipun telah menghuraikannya pada Panjimas yang baru lalu. Hukumnya tidak haram. Memakai minyak wangi, malah disunatkan.

Kesimpulan : Berdasarkan penjelasan di atas, dapat kita fahami bahawa alkohol yang terdapat di dalam minyak wangi adalah suci dan boleh dipakai untuk mengerjakan sembahyang tanpa ragu-ragu lagi.

Ki$$ For More Information

Blog Archive

Blog Walking

Pengunjung Perfume