About Me

Malaysia
Kurus Langsing bersama L'AROME. Info lanjut 012-668 9674 Cik Jue

Followers

Popular Posts

Search This Blog

Wednesday, October 6, 2010

Mengapa Bau Minyak Wangi Berbeza?

Mesti anda pernah tertanya kenapa minyak wangi yang sama akan mempunyai bau yang berbeza-beza apabila dipakai oleh orang yang berlainan. Atau pernahkah anda mengalami keadaan di mana sesuatu haruman itu mempunyai bau yang harum bila dipakai oleh rakan anda tetapi baunya berlainan bila dipakai oleh anda sendiri?







## Bau minyak wangi akan berubah bila dipengaruhi oleh keadaan persekitaran. Sewaktu kamu beli minyak wangi di gedung jualan, ia dipengaruhi oleh persekitaran haruman yang kuat. Keadaan ini berbeza dengan persekitaran rumah. Sebab itulah baunya berbeza bila dibawa pulang.

## Suhu dan kelembapan yang berbeza juga perlu diambil kira. Perlu diambil perhatian, setiap minyak wangi mempunyai kehidupan haruman tersendiri dan baunya akan hanya timbul setelah satu tempoh.

## Minyak wangi adalah campuran bahan-bahan tertentu hasil daripada beberapa peringkat proses pengewapan. Minyak wangi yang baik dibuat berhati-hati. Bau itu mestilah sama dengan bau asal yang digunakan bagi melahirkan satu kehidupan haruman dan luahan perasaan  yang berterusan.

## Peringkat awal pemakaian minyak wangi, pengguna hanya menyedari bau awal iaitu "top note". Selepas beberapa saat, apabila minyak wangi sudah serasi dengan peredaran darah barulah bau sebenarnya akan timbul.

## Setiap orang mempunyai bau badan yang tersendiri. Semua bergantung kepada keadaan kulit masing-masing, gaya hidup dan pemakanan yang seimbang. Oleh itu, tidak hairanlah jika orang lain mungkin sesuai dengan haruman yang digunakan sedangkan kita tidak.

11 comments:

Irnie said...

ooo.. ok.. roger.. ;D

eStokis L'arome said...

Irnie : apa yg roger 2???

Hafidzah Hafidz said...

oooo, tg 4 the info..baru tau..patut kdg2 bau minyak wangi ni lain..macih yee..good information laa! hee

eStokis L'arome said...

hafidzah : orait..rajin2 la masok blog ni ia..kita up trafik sama2 :-)

. . . h u s n a . . . said...

wahhhhh.... aku pki minyak wangi DKNY tuh~~~

Ellen said...

wah berapa harga perfume ni..mcm minat gak ni...tp kat sabah leh hantar ker...

opss..tak jumpa kotak chat..tak der ka?

eStokis L'arome said...

husna : wah iaker..nak oder ke ???

eStokis L'arome said...

ellen : boleh je.penghantaran guna G-DEX..

caliph shuriken said...

nice en3 ^^

eStokis L'arome said...

caliph : tq caliph... :-)

fiziesss said...

ooo...patut la bau minyak wangi tu kadang2 kuat baunya..kadang2 ok..

Ki$$ For More Information

Blog Archive

Blog Walking

Pengunjung Perfume