About Me

Malaysia
Kurus Langsing bersama L'AROME. Info lanjut 012-668 9674 Cik Jue

Followers

Popular Posts

Search This Blog

Tuesday, October 5, 2010

Membandingkan Perfume Tulen & Palsu

Ramai diantara pengguna tidak dapat membezakan sama ada perfume yang dijual itu original atau tiruan. Kebanyakan mereka menjual perfume di internet mahupun di luar boleh meletakkan perkataan "ORIGINAL" dengan sesuka hati. Sebenarnya agak sukar juga untuk membezakan kerana pengeluar barang-barang tiruan amat bijak serta mempunyai teknik dan peralatan digital moden serba canggih yang boleh menghasilkan cetakan yang baik. Mereka mampu menghasilkan replika yang hampir serupa dengan perfume berjenama terkenal seluruh dunia dalam pasaran hari ini.

Jika dilihat secara kasar, perfume tiruan mempunyai nama dan bentuk tulisan yang sama dengan perfume original, botol yang hampir sama serta kotak dan bau yang hampir serupa. Ia boleh didapati daripada pengedar dengan harga yang terlalu murah atau lebih teruk, harganya sama dengan yang original. Sebagai pengguna anda mungkin tidak pasti atau tidak tahu langsung bahawa perfume tersebut adalah tiruan. Jadi berhati-hati, ok!

Penghasilan dan penjualan barangan tiruan adalah masalah yang dihadapi di seluruh dunia. Berjuta-juta barangan cetak rompak dikeluarkan dan dijual setiap tahun. Dianggarkan lebih 10% perfume di dalam pasaran adalah tiruan.

0 comments:

Ki$$ For More Information

Blog Archive

Blog Walking

Pengunjung Perfume