Assalammualaikum...
Semakin hari semakin kita dekat dengan bulan Ramadhan. Selalunya orang-orang kita suka menyebut bulan puasa atau mengajar anak untuk berpuasa pada bulan puasa. Kenapa bukan bulan Ramadhan? Sebab kerana sudah terlalu biasa dimomokkan dengan perkataan puasa sampai terlupa ianya Ramadhan. Sama ertikah Ramadhan itu dengan puasa?
Bulan Ramadhan adalah bulan keberkatan dan bulan yang selalu dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di dunia. Bulan yang penuh barakah ini, difardhukan kepada umat Islam tentang ibadah puasa seperti mana difardhukan keatas umat terdahulu. Maka, umat Islam sekarang atau dahulu tetap diwajibkan berpuasa tanpa ada alasan yang diharuskan syara'. Perlu juga diingat bahawa di bulan Ramadhan merupakan bulan yang dturunkan kitab suci umat Islam yakni Al-Quran. Jadi adakah bulan Ramadhan itu sama dengan bulan puasa? Perbetulkan kembali walaupun ianya kecil.
Maka, kembalilah kita kepada fitrah. Jangan sekali-kali menyonsang dan berpatah balik kepada kejahilan.