Haa....ni adalah koleksi kegemaran aku, boleh dikatakan 6/10 aku memakai setiap hari, bersusuain dengan keadaan..Dalam artikel ini aku ingin berkongsi beberapa tips yang anda boleh gunakan untuk memilih minyak wangi yang sesuai untuk anda. Baiklah tanpa membuang masa berikut merupakan beberapa tips yang anda boleh cuba :-
- Cuba Minyak Wangi Pada Waktu Tengah Hari -Ini kerana deria bau kita berada pada kemuncak pada waktu ini. Dengan ini anda dapat memilih minyak wangi yang tepat dan sesuai dengan u all.
- Ketahui Bau Kegemaran Anda -Jurujual minyak wangi mempunyai pengalaman tentang jenis-jenis minyak wangi dan mereka mampu memberi cadangan berdasarkan kegemaran u all. Jika u all sukakan bau buah-buahan, beritahu kepada jurujual mengenai kegemaran anda tersebut.Mereka akan mencadangkan minyak wangi yang sesuai dengan anda.
- Jangan Gosok Di Pergelangan Tangan -Reaksi yang biasa orang lakukan apabila mencuba minyak wangi adalah dengan cara menggosok kedua pergelangan tangan. Jangan lakukannya kerana ia mungkin akan merosakkan komposisi molekul minyak wangi dan menjejaskan bau sebenar. Biarkan ia kering sendiri di tangan anda.
- Elakan Memakai Minyak Wangi Sebelum Memilih -Jika u all memang bercadang membeli minyak wangi elakkan dari memakai minyak wangi dari rumah. Lebih-lebih lagi jika anda menyembur minyak wangi pada pergelangan tangan anda. Ini kerana campuran dua minyak wangi ini dikhuatiri akan menjejaskan bau sebenar dan komposisi minyak wangi yang ingin anda cuba.
- Jangan Gopoh Ketika Membeli Minyak Wangi -Sesetengah minyak wangi hanya akan mengeluarkan bau sebenar dengan lebih jelas setengah jam atau beberapa minit selepas pemakaian. Jika u all mencuba minyak wangi dan sukakan baunya jangan terus beli! Ronda-ronda dahulu dan tunggu beberapa minit untuk memastikan anda dapat membuat keputusan yang baik. Lebih-lebih lagi jika u all bercadang untuk membeli minyak wangi yang mahal.