About Me

Malaysia
Kurus Langsing bersama L'AROME. Info lanjut 012-668 9674 Cik Jue

Followers

Popular Posts

Search This Blog

Monday, March 28, 2011

SAYA NAK HADIAH NIH, PASTIKAN BUKAN YANG TIRUAN !!!


Hadiah.. tidak kira besar atau kecil, mahal atau murah sesebuah hadiah tu, yang pasti semua orang suka dan gembira menerima hadiah. Siapa yang tidak suka kan. Jika saya kata ada juga yang tidak ‘happy’ menerima hadiah, anda percaya tak? Bukan kerana si’penerima’ tidak bersyukur tapi ini lebih kepada rasa terkilan.

Ada satu cerita. Cerita seorang blogger join contest yang dianjurkan oleh seorang blogger. Saya yakin, sebagai blogger, kita tidak kisah sangat isu hadiah ini tapi sebagai seorang blogger juga, biarlah blogger yang hendak beri hadiah tu, CAKAP SERUPA BIKIN. 

Ceritanya blogger A buat contest yang hadiahnya minyak wangi. Blogger A letak gambar hadiah dalam blog dia. Minyak wangi jenama antarabangsa. Botol kecil pun, paling kurang dalam RM50 harganya. Hebat! Ramailah blogger lain yang join untuk give support sesama blogger sekaligus boleh tukar-tukar link, up traffic blogger yang anjur contest dan kalau ada rezeki, dapat hadiah. 

Namun bila hadiah telah sampai kepada pemenang, indah khabar dari rupa. Minyak wangi tiruan sebagai hadiah! Tidak ker hampa rasa si pemenang contest. 

Nasihat kepada yang hendak memberi hadiah ni, kalau hendak beri hadiah biarlah ikhlas. Pastikan yang asli. Kalau tidak mampu hendak beri yang mahal-mahal cari sahaja hadiah lain. Novel yang harga RM19.90 sebuah pun, saya percaya ramai yang akan gembira menerimanya. Ini tidak, indah khabar dari rupa.

Ki$$ For More Information

Blog Archive

Blog Walking

Pengunjung Perfume