About Me

Malaysia
Kurus Langsing bersama L'AROME. Info lanjut 012-668 9674 Cik Jue

Followers

Popular Posts

Search This Blog

Thursday, August 11, 2011

Minyak Wangi Mengandungi Alkohol Dalam Solat.

Soalan : Apakah benar yang kami dengar bahawa minyak wangi yang mengandungi bahan alkohol tidak boleh digunakan untuk solat ? Apakah benar apabila kita meletakkan sesuatu najis pada pakaian dan badan, maka ia membatalkan solat?

Mufti: Sheikh Faizal Molawi

Jawapannya:

Minyak wangi (perfume) yang dicampurkan dengan bahan alkohol bukanlah najis menurut  pandangan yang rajih dari beberapa fuqaha', di mana ia rajih selain dari satu bahagian fuqaha' yang mengharamkan najis arak mengatakan bahwa tidak terdapat dalil keatasnya dalil bahawa ia adalah najis, dan pengharaman tidak semestinya najis, pandangan rajih ini adalah adalah menurut fuqaha' kontemporar seperti Dr Yusuf Al-Qardhawi, Shiekh Al-Albani. Sheikh Faisal Molawi berpandangan bahawa alkohol tidak boleh diqiaskan dengan arak dari sudut najisnya, dan jika mengambil hukumnya dari sudut haram meminum kerana ciri-ciri memabukkan, dan keatas itu tidak boleh menpengaruhi alkohol ketas taharah atau solat. Adalah lebih afdal seorang Islam menggunakan minyak wangi bebas dari alkohol sebelum solat, dan jika ia mengunakannya (yg ada alkohol) maka tiada ada kesalahan keatasnya.

Berkata Pakar Rujuk, Faisal Molawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah :-

Minyak wangi yang bercampur dengan alkohol akan membatalkan solat kepada sesiapa yang berpandangan bahawa Arak Najis, iaitu najis 'Ainnya (secara fizikal), dan sesungguhnya alkohol yang berada didalam minyak wangi mengambil hukum dari najis 'ain ini, dan bukan dari sebahagian kecil yang dimaafkannya, dan seterusnya ia akan membatalkan solat kerana wujud najis diatas jasad seseorang.

Akan tetapi saya (Molawi) berkata :

1. Najis arak sebagai najis 'ain (fizikal) merupakan sesuatu yang diperselisihkan, dan jika 4 Mazhab mempercayainya, akan tetapi ramai dikalangan ulama' yang diiktiraf menganggap bahawa yang dimaksudkan najis adalah najis ma'nawiah (moral). Dan ini adalah pandangan yang dijumpai dalilnya didalam isu tidak terdapat dalil yang putus keatas arak sebagai najis A'iniyah (najis material).

2. Arak yang dimaksudkan dengan najis ini adalah merupakan extrak dari jus anggur, atau dari ekstrak yang lain, atau pun ia merupakan percampuran bahan kimia. Hukum arak diambil dari sudut memabukkan dan bukan dari aspek najis, kerana Nabi saw bersabda : "Segala yang memabukkan adalah Haram", dan bukan segala yang memabukkan adalah najis.

3. Manusia kebiasaannya menggunakan minyak wangi didalam jumlah yang sedikit, dan apa didalamnya adalah kandungan alkohol didalam jumlah yg sangat sedikit, dan ia termasuk didalam hukum perkara kecil yang dimaafkan keatasnya.

4. Tambahan kepada itu bahawa alkohol yang terdapat pada minyak wangi akan evaporate dengan cepat, dan apa-apa kesan keatas badan tidak ditinggalkan, dan dengan itu pembentukan najis dengan andaian ia wujud telah hilang dan badan kembali kepada bentuk bersihnya.

Maka dengan itu, saya lebih cenderung kepada sahnya solat walaupun orang yang bersolat itu menggunakan minyak wangi yang bercampur alkohol, dan adalah lebih afdal dijauhi dari khilaf (perselisihan) dengan tidak menggunakan minyak wangi sebaik sahaja sebelum menunaikan solat atau menggunakan minyak wangi yang isinya bebas dari alkohol... maka ini adalah lebih berjaga-jaga, Insyaallah.
Ki$$ For More Information

Blog Archive

Blog Walking

Pengunjung Perfume